Categories
Price Range
    Manufacturers
      Themes
        Home > Products > Agama > Koleksi Kisah 25 Nabi
        Koleksi Kisah 25 Nabi
        enlarge

        Koleksi Kisah 25 Nabi


        RM9.90  
        Item details
        SKU: 978-967-396-166-5
        Weight: 200 kg, 0 grams
        Stock: Stock available


          Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

        Deskripsi Produk:

        Koleksi Kisah 25 Nabi ialah kompilasi cerita-cerita 25 Nabi yang telah dilantik oleh Allah. Buku ini telah disusun untuk memperkenalkan 25 Nabi yang perlu diketahui oleh setiap orang yang beragama Islam. Kanak-kanak akan dapat membaca mengenai Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Muhammad SAW dan Nabi-nabi lain yang telah dilantik Allah.

         

        Allah telah melantik Nabi untuk membimbing manusia ke arah jalan yang benar. Para Nabi ini juga ditugaskan untuk menyampaikan ajaran Allah kepada umat mereka. Perjalanan mereka dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. Melalui buku ini, kanak-kanak akan dapat menghayati dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjalanan 25 Nabi ini.

         

        Para Nabi mempunyai peribadi mulia yang patut dicontohi. Diharap dengan membaca buku ini, kanak-kanak dapat mengenali Nabi dan mencontohi sikap mereka. Setiap cerita juga diselitkan dengan nilai-nilai Islam dan pengajaran yang dapat membantu dalam membina perwatakan dan peribadi kanak-kanak sebagai seorang Islam.

         

        Setiap cerita ditulis dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Ilustrasi berwarna yang menarik juga disertakan untuk menjadikan pembacaan lebih menyeronokkan. Sebagai tambahan, soalan-soalan pemahaman juga disertakan di bahagian akhir buku ini. Soalan-soalan ini juga boleh digunakan dalam perbincangan lanjut atau untuk menguji pemahaman kanak-kanak selepas setiap bacaan. Buku ini sesuai digunakan di rumah dan juga di sekolah.

         

         

        Spesifikasi:

        Bahasa:                       Bahasa Malaysia

        Jenis kulit buku:          Lembut

        Saiz buku:                   184mm (L) x 260mm (T)

                                            [7 ¼” (L) x 10 ¼” (T)]

        Bilangan muka surat:  56

                                            Berwarna

                                            Jilidan sempurna dengan tulang belakang

        ISBN:                           978-967-396-166-5