Categories
Price Range
    Manufacturers
      Themes
        Home > Products > Multimedia Learning > Amalan Anak-Anak Soleh
        Amalan Anak-Anak Soleh
        enlarge

        Amalan Anak-Anak Soleh


        RM14.90  
        Item details
        SKU: AAAS
        Weight: 400 grams
        Stock: Stock available


          Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

        Deskripsi Produk:

        Adalah menjadi keperluan bagi setiap orang Islam melazimkan dirinya dengan zikir kepada Allah SWT sepanjang masa. Antara caranya adalah dengan memilih wirid dan doa tertentu untuk dijadikan amalan. Susunan buku Amalan Anak-Anak Soleh ini dapat memudahkan kita melakukan amalan tersebut dan seterusnya menggalakkan kita melakukannya secara berterusan.

        Panduan untuk ibu bapa

        Buku ini berguna sebagai panduan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang soleh menurut Islam. Melalui gambar-gambar yang dipaparkan, kanak-kanak lebih mudah memahami dan mengikuti amalan-amalan yang ditunjukkan. Semoga ibu bapa dapat memanfaatkan kelima-lima tajuk di dalam buku ini untuk menerapkan nilai-nilai murni secara islamiah kepada anak-anak mereka.

        Panduan untuk guru

        Buku ini mampu membimbing murid-murid memahami asas-asas sebagai muslim dan muslimah dari Rukun Iman dan Rukun Islam dan seterusnya mengamalkan amalan-amalan anak soleh dalam kehidupan seharian mereka. Susunan gambar yang menarik mampu menarik minat mereka untuk mempelajari amalan-amalan ini.

        Panduan untuk kanak-kanak

        "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"… Pendidikan awal bermula dari kanak-kanak. Maka, untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh, mereka perlu dibimbing dengan asas-asas sebagai seorang Islam, mempelajari doa-doa dan diterapkan dengan amalan yang mulia. Dengan keterangan mudah dan jelas berserta gambar yang menarik, semoga modul ini berjaya membantu mereka menjadi anak yang soleh. Teks bahasa Arab lengkap berbaris yang disediakan mampu mengajar kanak-kanak membaca doa dan zikir dengan tepat.

         

        Kandungan buku:  
        * Rukun Iman  
        * Rukun Islam  
        * Doa Harian  
        * Doa-doa Amalan  
        * Zikir & Ucapan Mulia  
        * Akhlak Mulia  
           
        Spesifikasi:  
        Penyunting  Ustaz Abd. Matin B. Abd. Rahman
        Bahasa  Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab
        Jenis kulit buku  Kulit lembut
        Saiz buku  222mm (L) x 298mm (T)
           [8 3/4" (L) x 11 3/4" (T)]
        Bilangan muka surat  16
           Jilidan pin
           Berwarna
        ISBN  978-967-317-901-5
        Cakera padat video percuma disertakan